..: WAHAI ADAM :..

Wahai Adam… .
Sememangnya hawa adalah kaum yang lemah…
Kerana emosinya mudah berubah-ubah…
Mengikut perasaan, kurang berfikir
Hanya kerana perkara yang menyentuh perasaan…
Airmatanya mudah mengalir… .
Hatinya mudah tersentuh…
Jiwanya mudah berkecamuk… .

(more…)

Published in: on 17 January 2007 at 11:19 am  Comments (4)  

..: DUNIA YANG FANA :..

Dunia yang fana
akan mengusirmu pergi
alam lain akan menanti
cuma manusia tidak pasti
bila ketikanya?
bila saatnya?
nyawa akan terpisah dari badan
roh akan melambai pada jasad
menerima jemputan dari-Nya
cukupkah amalan yang hendak dibawa?
cukupkah keampunan yang dipinta?
sebelum kita menemui yang Esa

Published in: on 17 January 2007 at 11:16 am  Leave a Comment  

..: AKU :..

aku masih di sini
berteman gerimis
menanti pelangi
namun aku bangga
kerna tega
kurelakan pergi rona duka
terhumban pahit semalam
biarkan ia pergi
biarkan…

Published in: on 17 January 2007 at 11:02 am  Leave a Comment  

..: HATIKU MENANGIS :..

Betapa hatiku terhiris
menangis memandang
sekelilingku …
penuh duri ranjau
menikam kalbu
di manakah keadilan kini
hak asasi dicabuli
dalam negeriku sendiri
yang Islam sebagai agama rasmi

Mengapa ada umat agama lain
dalam negeriku ini
telah sanggup menikam hati
umat agama Islam sendiri
apakah mereka …
sudah tidak iktiraf lagi
Islam sebagai agama rasmi

(more…)

Published in: on 17 January 2007 at 11:02 am  Leave a Comment  

..: AKU SEDAR SIAPA AKU :..

Aku Bukan Lah Penyair…
Jauh Sekali Seorang Pujangga…
Bait Kata KU Sekadar Biasan Hati…
Ingin Berkata Tetapi Terkunci…

Aku Seorang Manusia…
Yang Lahir Sebagai pelengkap Dunia…
Yang Kerdil Di Pandangan…
Yang Lemah Untuk Di Perbandingkan

Namun…
Lemah Ku Bukan Alasan Untuk Ku Mengalah…
Kalah Ku tidak Beerti Aku Menyerah…

(more…)

Published in: on 17 January 2007 at 10:55 am  Leave a Comment  

..: QURAN BURUK :..

Hari minggu yang lalu
Mengemas almari usang
Di surau lama
Di desa tercinta

Terpaku aku melihat
Betapa banyak naskah Quran
Yang telah bertukar warna kekuningan
Bertahun tidak disentuh
Helaian terlerai satu persatu
Cuba aku menyusun kembali

(more…)

Published in: on 17 January 2007 at 10:54 am  Leave a Comment  

..:Lelaki di akhir zaman ini:..

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk
dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya

Kuberfikir..
Lelaki di akhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri
(more…)

Published in: on 13 January 2007 at 4:16 pm  Leave a Comment