..: DENDA DAN KONSEP PEMAKAIAN ISLAM :..

Isu berkaitan cara berpakaian di kalangan wanita Islam timbul semula selepas Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) menguatkuasakan Kod Etika Pakaian dengan mengenakan kompaun sebanyak RM500 ke atas pekerja wanita Islam di premis-premis perniagaan yang tidak berpakaian menutup aurat, manakala yang bukan Islam disyaratkan berpakaian sopan. Peraturan tersebut mula dikuatkuasakan memandangkan nasihat yang diberikan oleh MPKB sejak 10 tahun yang lalu tidak diendahkan [harakahdaily 25 Disember 2006]. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan, Haji Takiyuddin Hassan, mengatakan bahawa setiap wanita Islam hendaklah menutup aurat kecuali apa yang biasa ternampak iaitu muka dan tapak tangan dan lelaki Islam pula diantara pusat dan lutut. Walaubagaimanapun wanita bukan Islam dikehendaki berpakaian sopan.

 

Sehingga kini, seramai lebih kurang 160 wanita Islam yang tidak memakai tudung ketika bekerja dikenakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sejak Januari lalu.[Utusan Malaysia 9/9/2006]

 

(more…)

Published in: on 17 January 2007 at 11:44 am  Leave a Comment