..: cInTa LuAr BiAsA :..

Cinta luar biasa..
Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..
Hingga pada hembusan nafasnya yang
terakhir..
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa
henti..
Ummati.. ummati.. ummati..

(more…)

Advertisements
Published in: on 12 June 2007 at 1:32 pm  Comments (1)  

..: rEdHa DiA :..

biar kepahitan itu pergi
agar kemanisan mengisi
biarkan kekecewaan berlalu
agar kegembiraan mewarnai (more…)

Published in: on 24 May 2007 at 6:32 pm  Comments (1)  

..: dIa YaNg SaTu :..

ku bersyukur
kasih ini kukuh terpahat
ujianMu pengerat
rahmatMu pengikat
redhaMu penguat
kasihMu penambat
moga tak tersesat
kekal sepanjang hayat
beriring berkat
indahnya ukhwah ini
bila bertemu dan berpisah
hanya kerana….
DIA YANG SATU!!!…

Published in: on 24 May 2007 at 6:08 pm  Leave a Comment  

..: jAnGaN bErSeDiH & bErPuTuS aSa :..

Setiap individu baik remaja, dewasa atau orang tua, sudah semestinya pernah menghadapi masalah dalam hidup. Kata orang hidup tanpa masalah bukan hidup namanya. Berlegar dari masalah yang paling besar hinggalah masalah yang paling kecil, semuanya tetap dinamakan masalah. Cuma masalah yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza. Bagaimana cara untuk mengatasinya juga adalah juga satu masalah. Namun hakikatnya setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Biasanya sebelum masalah itu selesai kita akan berasa sangat tertekan, hampir putus asa kerana tidak tahan menghadapinya.

Antara masalah yang wujud di persekitaran kita ialah masalah kemiskinan, kehilangan orang tersayang, masalah cinta, pertengkaran dengan ibu bapa, corot dalam peperiksaan serta beribu-ribu masalah lagi. Masalah juga boleh menyumbang kepada masalah yang lain, contohnya masalah remaja yang tidak tahan dengan leteran ibu bapanya boleh membawa remaja itu kepada masalah lepak, pergaulan bebas, dirogol, diculik dan juga mungkin dibunuh. Masalah yang kecil apabila tidak ditangani dengan baik boleh membawa kepada mudarat yang amat besar.

Setiap hari kita tidak akan terlepas dilanda dengan masalah, sekiranya bukan kita yang bermasalah, orang lain pula yang mendatangkan masalah. Oleh itu kita perlu bersedia menghadapi permasalahan tersebut dan cuba mencari kaedah untuk mengatasinya. Mari kita renung sejenak apa sebenarnya maksud setiap masalah itu, kaedah untuk mengatasinya serta panduan menghadapi masalah dengan tenang.

(more…)

Published in: on 15 May 2007 at 5:57 pm  Comments (6)  

..: tEnSiOn!!! :..

Kenapa aku?
Kerana ia ketentuan Tuhan
Kenapa aku?
Kerana aku masih diberi pengharapan rupanya..
Kenapa aku?
Kerana aku masih disayangi rupanya…
Kenapa aku?
Dan Allah tidak memberi sesuatu melainkan kesanggupannya
Oh…begitu rupa nyer…
Hmm tapi…kenapa aku?
Wahai aku…kau mujahidah muda..
Wahai aku..
Kau seorang hamba..
Hmm sedih lagi..?
Boleh jadi apa yang kau sukai adalah tidak sesuai bagi kamu dan Allah lebih mengetahui apakah yang terbaik buatmu

Aku..aku,…
Apakah kamu mengira kamu akan dilepaskan begitu sahaja sedang kamu belum diuji?
Bangunlah aku..kerana…
Tidak dijadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada Allah
Bangkitlah aku
Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang…
Dan…semoga kesabaran menghadapi ujian ini… diampuni dosa yang menimbun…
Dan…wahai aku.. harga syurga itu mahal…
Wah!…. bangkitlah aku ..wahai wanita muda
Wah.!..bangkitlah aku..
Be strong…yeah!

Published in: on 30 April 2007 at 11:09 am  Comments (1)  

..: MATI ITU PASTI & SEBUAH REKREASI SEJATI :..

Apa yang dapat kita bayangkan ketika ada seorang pemuda yang tampan, sihat dan perkasa tiba-tiba diberitahu oleh doktor bahawa dia menghidap kanser? Bagaimana andai kata hal itu menimpa kita? Semangat yang sebelumnya berkobar tiba-tiba padam. Hilanglah seluruh harapan. Musnahlah semua cita-cita. Dunia seakan berhenti seketika.

 

Apa yang sedang kita takutkan dengan kanser? Jawabnya hampir pasti adalah kematian. Semua orang takut mati, bahkan seluruh makhluk hidup takut datangnya peristiwa itu. Mulai dari makhluk terkecil seperti semut hingga yang terbesar seperti gajah, semua takut mati. Andai kata mati itu berwujud makhluk tentu akan dilawan, sebagaimana mereka melawan setiap orang yang cuba mengganggu kehidupannya. Andai kata mampu dihindari, tentu semua makhluk akan memilih untuk menghindarinya.

 

(more…)

Published in: on 17 January 2007 at 11:05 am  Comments (1)  

..: MENCARI DIRI DI CELAH KEREDHAAN ILAHI :..

Siapakah kita sekalian hamba ini – satu persoalan yang kita sekalian hamba ini harus tahu dan mesti mencari jawapannya. Di mana, ke mana dan bagaimana kita sekalian hamba ini dapat mencari jawapan kepada persoalan tersebut?

Segalanya ada di dalam diri kita sekalian hamba ini!

Tempoh perjalanan kehidupan di dunia ini cukup singkat. Memang kita sekalian hamba mungkin merasakan hidup 60 atau 70 tahun itu sebagai suatu masa yang agak panjang. Namun hakikatnya kebanyakan kita sekalian hamba ini lebih banyak membuang usia sia-sia berbanding menggunakan setiap detik yang ada itu penuh dengan kemanfaatan.

(more…)

Published in: on 13 January 2007 at 3:33 pm  Leave a Comment