..: PETIKAN UCAPAN USTAZ HAJI AKIL HAYY RAWA :..

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT
Bila hidup kita berkat
diri ini akan selamat
Apabila diri selamat
rumahtangga jadi sepakat
Apabila rumahtangga jadi sepakat
masyarakat jadi muafakat

Apabila masyarakat jadi muafakat
negara kita menjadi kuat
Apabila negara menjadi kuat
negara luar jadi hormat

Apabila negara luar jadi hormat
permusuhan pun tersekat
Apabila permusuhan tersekat
pembangunan pun meningkat
Apabila pembangunan pun meningkat
kemajuan menjadi pesat

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat
kemajuan menjadi pesat
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat
tumbuh macam kulat
Apabila tempat-tempat maksiat
tumbuh macam kulat

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat
Apabila manusia telah mengubah tabiat
ada yang jadi lalat
ada yang jadi ulat
Apabila manusia dah jadi ulat
sembahyang makin hari makin liat
Apabila sembahyang jadi liat
orang baik ada yang bertukar jadi jahat

Apabila orang baik bertukar jahat
orang miskin pula nak kaya cepat
Apabila orang miskin nak kaya cepat
orang tua pula nak mati lambat
Apabila orang tua nak mati lambat
tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat
Semua nak tunjuk kuat
Bila berjudi, percaya unsur kurafat
Tapi hidup pula yang melarat
Tali kasut dah tak berikat
Rambut pun jarang sikat

Yang perempuan, pakai mini sekerat
Suka pakai baju ketat
Suka sangat menunjukkan pusat
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat
Pakai pulak yang singkat-singkat
Kadang-kadang ternampak benda ‘bulat’

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat
Silap gaya jadi gawat
bohsia bohjan lagi hebat
Duduk jauh berkirim surat
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat

Usah peduli agama dan adat
Usah takut Allah dan malaikat
Yang penting apa kita nak buat?

Kita ‘bukti’ lah kita buat
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat
Apabila perut kempis dah jadi bulat
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat
Bila anak-anak tak cukup sifat
jam tu kita tengok bayi dibuang dimerata tempat

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat
Habis manusia telah tersesat
Inilah dia fenomena masyarakat
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat

Marilah kita pakat mengingat
Bahawa dunia hari ini makin singkat
Esok atau lusa mungkin kiamat
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat
Masa tu, sindri mau ingat

Umur mu banyak mana mu buat ibadat…?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat…?
Harta benda anta, dari mana anta dapat…?
Ilmu anta, adakah anta manafaat…?

Semoga ianya dapat di ingat
supaya segera meninggalkan maksiat
dan memperbanyakkan ibadat

Published in: on 13 January 2007 at 3:44 pm  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://mavourneen.wordpress.com/2007/01/13/petikan-ucapan-ustaz-haji-akil-hayy-rawa/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: