..: KERANA KAU LELAKI :..

kerana kau lelaki
umur bagaikan mainan
perintah Tuhan bukan kewajipan
kitab Al-Quran hanya sandaran
walau kau tahu
kau pemimpin masa depan

pengalaman membuat kau dewasa
pengajaran membuat kau tak terhina
peringatan lalu membuat kau bangga
apa gunanya semua
kalau sekadar sipi di mata

kerana kau lelaki
bila kau disanjung tinggi
kau terasa seisi dunia turut merasai
hanya kerana
arrijal qawwaamuna ‘alan nisaa’

kerana kau lelaki
wujudmu bukan untuk dicaci
bukan juga untuk lupakan diri
moga sentiasa sudi membantu
agar lahir kehidupan bermutu
terpatrilah kasih kau dan aku

kerana kau lelaki
bukan menafi kekuatanmu
memperlekeh kehebatanmu
cuma sisipan kesedaran
antara kau dan aku

kerana kau lelaki
kuharap kau mewah keimanan
tulus kerana kesabaran
segak kerana keperibadian
bijaksana kerana pengetahuan

kerana kau lelaki
kuharap takwa jadi bekalan
pengalaman jadi panduan
iman jadi teman

bukan apa wahai lelaki
sama-samalah kita bangkitkan diri
kita ini sama buta dan tuli

kerana kau lelaki
aku perempuan!

Published in: on 13 January 2007 at 3:42 pm  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: https://mavourneen.wordpress.com/2007/01/13/kerana-kau-lelaki/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: