‘kebahagiaan adalah untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba kerana merekalah yang menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka…’
adeQ bukan lah penyair…
jauh sekali seorang pujangga…
bait kata adeQ sekadar biasan hati…
ingin berkata tetapi terkunci…
adeQ seorang manusia…
yang lahir sebagai pelengkap dunia…
yang kerdil di pandangan…
yang lemah untuk di perbandingkan
namun…
lemah adeQ bukan alasan untuk adeQ mengalah…
kalah adeQ tidak beerti adeQ menyerah…
jangan abg ukur kekerdilan adeQ…
jangan abg lihat kelemahan adeQ…
jangan abg kira kegagalan adeQ…
kekerdilan adeQ hanyalah pada mata…
tapi bukan pada minda…
kelemahan adeQ hanyalah pada rupa…
tapi bukan pada daya…
kegagalan adeQ hanyalah sebagai penyeri…
untuk adeQ terus memperbaiki diri…
adeQ rela menjadi orang yang bodoh…
terus bersuluh…
tidak adeQ ingin menjadi orang yang bijak…
tapi akhirnya mati terpijak
adeQ lebih rela menjadi semut merah…
dari gajah di rimba…
yang gah mengusung nama…
namun terlalu lemah akal nya
biar adeQ fakir harta…
asal akal adeQ berharga…
biar tulang adeQ rapuh…
asal semangat adeQ kukuh
andainya hidup punca perpisahan…
biarlah mati yang menyambungnya…
namun jika mati punca perpisahan…
biarlah hayat hidup adeQ…
membawa seribu makna…
kerna…
esok belum tentu matahari terus mencerah…
entah-entah kan padam di kelopak mata
‘ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan, orang-orang yang tak ingin kita tinggalkan…tapi ingatlah, melepaskan bukan berakhir segalanya, melainkan awal sebuah kehidupan baru…’
Salaam
Kata2 seorang wanita mmg sentiasa indah
tetapi yg menanggung seksa adalah lelaki
wanita skrg terlalu mudah melupakan lelaki yg dia kata dia sayang, terutamanya bila dia di samping teman2 nya
dan wanita sekarang cukup mudah utk meninggalkan lelaki , terutama apabila ada yg lebih baik di masa hadapan
untuk itu, baiklah si lelaki itu meninggalkan awal2 wanita itu, sblmlelaki itu terseksa batin utk kali yg ke banyak kali
wanita memang suka bermadah, tetapi madah semua berhelah
pentingkan diri itu sifat abadi
lemah tetapi membawa parah
ntah lelaki ini akan percaya atau tidak lagi kepada wanita
hanya ALlah yang menentu segala
wallahu a’lam
Ada hal-hal yang tidak ingin kita lepaskan,
orang-orang yang tidak ingin kita tinggalkan
tapi ada saatnya di mana kita harus berhenti mencintai seseorang
bukan kerana orang itu berhenti mencintai kita
melainkan kerana kita menyedari bahawa orang itu akan lebih berbahagia
apabila kita melepaskannya.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang
ketika kebahagiaan kita sangat bergantung pada orang itu.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang
ketika kita merasa dia sangat istimewa dibandingkan dgn yang lain.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang
ketika kita takut tidak dapat menemukan yang seperti dia.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang
ketika begitu banyak saat-saat indah senantiasa terbayang di benak kita.
Kita tidak ingin melepaskan seseorang
ketika hati kita berkata “Saya sangat mencintainya”.
Ingatlah !!
Melepaskan bukanlah akhir dari dunia
melainkan awal dari suatu kehidupan baru…
Kita harus melepaskan seseorang
kerana kebahagiaan kita tidak tergantung padanya.
Kita harus melepaskan seseorang
kerana kita menyedari yang istimewa belum tentu yang terbaik buat kita.
Kita harus melepaskan seseorang
kerana kita tahu jika Tuhan mengambil sesuatu,
Dia telah siap memberi yang lebih baik.
Kita harus melepaskan seseorang
ketika saat-saat indah hanyalah tinggal masa lalu.
Kita harus melepaskan seseorang
kerana kepala kita berkata “tidak ada lagi yang dapat dipertahankan”.
Kegagalan tidak bererti anda tidak mencapai apa-apa…
namun anda telah memahami sesuatu…!
Segala sesuatu ada waktunya,
ada saat mempertahankan,
ada saat melepaskan…
sekali kita mendekati Allah seribu langkah ALLAH mendekati kita..mengharap cinta Allah itu yang lebih bermakna dan lebih manis
cintailah Allah, maka akan hadir dalam hidupmu, orang yang cinta pada kamu dan pada-Nya.. Allah telah tentukan jodoh yang baik kepada yang baik.. Amin..sama-sama berdoa dan mengharap redho Ilahi